Siasah dalam aspek kampus

Sudah terlalu lama tidak terlibat dengan apa-apa program dalam sesebuah organisasi atau teamwork yang menyebabkan ke hulur dan ke hilir menyebabkan badan hampir tidak boleh bergerak akibat keletihan apatah lagi sudah lebih 2 tahun tidak bermain atau bersukan.

Tidak hairan apabila sesebuah gerakan Islam terutamanya Ikhwanul Muslimin mengutamakan bagi ahlinya seorang cergas bukan sahaja dalam gerakan tetapi juga cergas dan sihat tubuh badan. Teringat bagaimana diceritkan oleh seorang murabbi 3 tahun lepas, bagaimana seorang sheikh dari Ikhwanul Muslimin mengetuai tamrin mereka di atas sebuah gunung. Fadilah Al-Sheikh sudah tua dan bertongkat amat bertenaga mendaki gunung tersebut lebih daripada pemuda-pemuda yang ada.

Mungkin boleh diletakkan suatu entry khas mengenai aspek kepentingan kecergasan pada ahli gerakan Islam. Sudah pasti saya tidak ingin berbicara mengenaiya buat masa ini lagi.

Dalam pembentangan sewaktu Himpunan Perdana Warga Al-Syariah KIAS siang tadi, telah dibentangkan oleh Ustaz Zulkarnain Hassan, Ketua Jabatan Al-Syariah yang bertajuk "Ke Arah Melahirkan Generasi Faqih Berjiwa Dai'e", kata-kata Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor telah menjadi noktah bicara bagi pembentangan beliau iaitu:

"Ilmu tanpa siasah (organisasi) adalah jumud (beku), Siasah (organisasi) tanpa ilmu adalah fujur (maksiat)"


Siasah

Apa itu siasah?

Bahasa (1): Daripada perkataan sasa yasusu siasatan, iaitu qaama alal amri bererti:
1) mengurus, mentadbir samada manusia atau binatang
2) menyuruh dan menegah
3) melakukan sesuatu yang memberi kebaikan.

Istilah:
1) Asas atau seni mentadbir urusan awam
2) Seni mentadbir masyarakat manusia
3) Politik berkait dengan hukuman dan pentadbiran masyarakat bertamadun (madani)



Sedikit penjelasan makna siasah dari sudut bahasa dan istilahnya yang boleh dirumuskan iaitu suatu bentuk pengurusan dari pelbagai aspek kehidupan. Secara umumnya semua boleh memahami apakah dia siasah dari sudut kacamata am tetapi bagaimana pula dari sudut dalam kampus?

Saya amat tertarik apabila Ustaz Zulkarnain menjelaskan dan menafsirkan kata-kata al-marhum dari aspek kampus. Siasah dalam aspek kampus adalah organisasi.

Sudah pastinya siasah tidak boleh dipisahkan daripada Islam sebagaimana faktor utama penghijrahan Nabi s.a.w. adalah atas faktor siasah iaitu Daulah Islamiyyah. Islam bukan sahaja berbicara dan berjalan diatas ibadah solat, puasa, zakat dan tunaikan haji semata-mata sepertimana yang telah diterjemahkan oleh orientalis mengenai Islam tetapi siasah (daulah islamiah) juga adalah ibadah.

Begitu jugalah di kampus juga wujudnya siasah iaitu organisasi. Boleh dijelaskan lagi dengan berpersatuan. Organisasi atau persatuanlah yang mempunyai ciri-ciri pengurusan, mentadbir, mencegah, melakukan sesuatu yang memberi kebaikan dan yang mempunyai persamaan siasah melalui autoriti organisasi atau persatuan di kampus.

Menjadi suatu kebaikan kepada seorang muslim yang menerima Islam secara syumul melibatkan diri dalam siasah dan aspek kampus adalah berpersatuan (organisasi). Persoalan berpersatuan bukanlah suatu perkara yang diminati atau tidak tetapi ia adalah suatu kewajiban yang dipertanggungjawabkan apatah lagi bagi golongan mahasiswa/wi yang bakal terjun dalam mengislahkan negara melalui siasah.


Organisasi tanpa ilmu adalah fujur

"Jemaah adalah nombor satu tetapi pengajian bukan nombor dua".

Masih tergian-giang lagi sewaktu tamrin, kami dinasihati oleh pimpinan atau mas'ul kami bagaimana kepentingan jemaah atau berorganisasi perlu seiring dengan pengajian. Mestilah jemaah bergerak dengan mantap dan pengajian ahli-ahli juga perlu mantap juga.

Melalui kata-kata al-marhum Ustaz Fadhil membuka mata saya bagaimana sekirannya kita berjemaah, berorganisasi atau berpersatuan dengan hebat sekalipun dengan program-program, perancangan-perancangan tetapi jika tanpa ilmu ia adalah fujur iaitu maksiat. Kerana tanpa ilmu kita takkan dapat memandu siasah atau organisasi secara yang telah ditepati oleh syara' melalui sumber al-qur'an, hadith, ijmak ulama' dan qias. Bagaimana untuk bersyura dan membuat keputusan seperti sunnah Rasulullah s.a.w sekirannya tanpa ilmu?

Kesedaran yang perlu dititik beratkan oleh mahasiswa/wi di alam kampus akan kewajiban melibatkan diri dalam organisasi dan juga kesedaran bahawa suatu badan organisasi yang mempunyai ahli-ahli yang tidak berilmu secukupnya maka ia akan mendatangkan keburukan dan maksiat semata-mata.

Harapan yang amat saya sandarkan kepada mahasiswa/wi dikalangan kolej saya sendiri dan sahabat-sahabat supaya tidak mengambil mudah berkenaan organisasi.


al-faqiru ila allah



nota kaki:
(1) http://nikabduh.wordpress.com/2007/06/26/ugama-dan-politik-2-inti-daripada-buku-ad-din-wa-as-siasah-0leh-al-qardhawi/

Muamalat Al-Hadithah - Murabahah

Saya dan beberapa orang sahabat telah diamanahkan oleh pensyarah subjek Muamalat Al-Hadithah iaitu muamalat semasa untuk membentangkan tajuk berkenaan Murabahah dalam perbankan Islam pada masa kini.

Tajuk tersebut masih dalam kajian dan dengan tajuk ini saya mengambil kesempatan untuk membedah buku tulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang bertajuk 'MURABAHAH teori, aplikasi & isu dalam perbankan Islam semasa' bagi pembentangan dan kerja kursus kami ini.

Saya akan cuba berkongsi serba sedikit mengenai murabahah dan secara tidak langsung menyentuh mengenai perkembangan kajian kami ini.

Sebelum pergi lebih jauh lebih baik saya menjelaskan definisi akad atau kontrak secara khusus iaitu akad adalah suatu kontrak yang terbina diatas kehendak dua atau lebih pihak yang akan membawa sesuatu kesan hukum syara'.

Rukun-rukunnya adalah:

1) lafaz akad (sighah)
2) pihak yang terlibat (al-'aqidaini)
3) barang yang dijual beli (mahallul 'aqad)

Setiap rukun jual beli ada syarat-syaratnya:

1) lafaz akad
- difahami semua pihak (al-'aqidaini)
- pengesahan segera
- dijalankan dalam satu majlis
- semua pihak terbabit kekal kapasiti sehingga tamat transaksi
- kabul sesuai dengan ijab

2) pihak yang terlibat
- sempurna kapasiti
- cukup umur
- redha dan izin

3) barangan jualan
- sah menurut undang-undang Islam
- diiktiraf mempunyai nilai
- perincian teliti daripada segi kualiti, jumlah, jenis dan sebagainya
- wujud
- dimiliki oleh penjual
- kemampuan serahan oleh penjual


Kaedah Asas Dalam Fiqh Muamalat

Majoriti ulama' menggunakan kaedah asas iaitu:

"Hukum asas dalam urusan Mu'amalat adalah kembali melihat tujuannya dan maslahat kebaikan (yang boleh dicapai daripadanya)."

atau juga disebut:

Hukum asal dalam semua perkara (kecuali ibadat dan hubungan lelaki dan wanita) harus dilakukan kecuali terdapat dalil yang mengatakannya haram."


Tetapi ada sebahagian pihak mengambil mudah dengan mengikut kaedah fiqh yang disebut seperti juga diatas iaitu:

"Asal semuanya adalah harus selagi tidak dibuktikan haram."

Kaedah ini perlu difahami secara halus tentang kaedah terssebut. Dr Md Daud Bakar pernah menyebut secara lisan dalam bengkel Muzakarah Cendiakawan Syariah Nusantara, bahawa:

"Hukum asal semua transaksi kewangan di bank adalah haram selagi belum dibuktikan halal."

Ini kerana saluran kewangan moden di bank dan pelaburan lain kebanyakkannya adalah hasil ciptaan bukan Islan dan kapitalis yang sentiasa menjadikan riba', gharar dan judi sebagai tapak ciptaan saluran kewangan moden ini.

Hasilnya, amat wajar dan tepat bagi ulama' menganggap asal setiap hukum dalam produk kewangan konvensional sebagai haram selagi belum dibuktikan harus dan halalnya.


Mungkin sudah cukup secara ringkas mengenai jual beli akad atau kontrak dan yang berkaitan dengannya termasuk kaedah asas dalam fiqh muamalat sebelum saya memasuki dan menjelaskan mengenai murabahah melalui buku karangan UZAR yang sebutkan tadi.


Murabahah

Murabahah dari sudut bahasa bermaksud untung, lebih dan tambahan. Menurut kamus dewan, murabahah adalah konsep kewangan Islam yang bermaksud penjualan barangan (yang dibeli terlebih dahulu) oleh pemodal kepada pembeli yang membayarnya secara ansuran dengan harga melebihi harga asal mengikut persetujuan bersama.

Definisi mengikut syarak pula adalah jualan komiditi atau aset dengan harga yang dibeli (modal) oleh pembeli berserta keuntungan yang diketahui serta disepakati (oleh penjual dan pembeli).

Sebagai contoh, satu pihak menjual sebuat rumah yang dibelinya dengan harga RM200,000 dengan harga RM250,000 dan turut dimaklumkan kepad pembeli akan harga asal beliannya. Ini bermaksud penjual atau pemodal mendapat keuntungan sebanyak RM50,000.


bersambung.....

Jangan berhujah perkara yang mereka tak faham

Aku tertarik untuk berkongsi salah satu mengalaman yang amat mengejutkan dalam jaringan sosial yang saya gunakan iaitu facebook.
Apabila ada seorang rakan jaringan telah meletakkan gambar Dr. Xavier sedang memberi ucapan di masjid sewaktu majlis berbuka puasa pada ramadhan yang lepas. Hanya sekadar untuk mencetuskan propaganda dan menjadikan ia bahan kutukan untuk mengutuk PAS.

Aku hanya cuba memperhatikan apa komen mereka-mereka tersebut yang kebanyakkannya adalah dikalangan orang yang mengutuk PAS membabi buta atas sebab menjemput Dr. Xavier ke dalam masjid untuk memberikan ucapan.

Perkara yang diulang-ulang adalah haram Non-muslim masuk ke masjid atas sebab tidak suci seperti keadaan wanita yang dalam keadaan haid. Seorang sahabat aku meminta aku untuk komen apa yang mereka katakan selepas mana beliau cuba untuk berhujah dengan mereka tetapi apakan daya apabila berhujah diatas sebab sentimen kepartian dan emosi. Tersembamlah ditengah jalan.

Sebenarnya amat malas aku untuk melayan mereka yang mengata dengan kecetekan ilmu. Tetapi tanpa disangka-sangka tahap kecetekan ilmu mereka ibarat mereka yang langsung tidak pernah belajar asas-asas agama iaitu boleh dikategorikan ilmu fardhu 'ain.

Amat malang sekali keadaan mereka yang tidak ada kesempatan untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam dan kemudian menghina orang-orang yang menyokong Islam. Patutlah tidak pelik apabila mereka mengatak, menghina, memandang jelek dan sebagainya kepada penyokong-penyokong Islam.

Seperti mana Rasulullah s.a.w. hadapi sewaktu dakwah baginda ke Thaif. Bagaimana Rasulullah s.a.w. ditentang dan dilemparkan dengan batu walaupun Rasulullah s.a.w. belum lagi menyampaikan apa yang ingin disampaikan tetapi akibat daripada hasutan daripada kaum kafir Quraisy Makkah mengdahului risalah Baginda, akhirnya Baginda diperlakukan sedemikian. Secebis kisah dakwah Baginda s.a.w. ini bukanlah untuk disamakan mehnah dan tribulasi Baginda sewaktu dakwah baginda, sekadar manalah kesusahan kita berbanding Rasulullah s.a.w.

Dalam mesej tersebut, aku mengenetepikan soal PAS atau UMNO. Aku cuba membetulkan silap faham mereka terhadap agama sendiri berkenaan hukum non-muslim masuk ke masjid. Baru sahaja aku bertanya apa hujah mereka mengatakan non-muslim tidak boleh masuk ke masjid, terus aku diherdik dengan kata-kata kesat mereka dan masih lagi melatakkan aku dikonteks seperti mereka iaitu berbicara semata-mata atas sentimen parti politik.

Sehinggalah dikalangan mereka mengatakan orang yang berhadas besar dan kecil tidak boleh masuk ke dalam masjid. Huh...adakah silap taip atau memang benar apa yang aku lihat, orang yang berhadas kecil tidak boleh masuk ke masjid? Binggung aku fikirkan hujah mereka.

Apabila aku cuba mempersoalkan mengenai orang yang berhadas kecil tidak boleh masuk ke masjid, terus dibalas dengan kata-kata hodoh mereka. Aku sudah terlalu bersedia untuk berhadapan seperti ini apabila satu perkara yang aku pelajari di FCR iaitu sifat keterbukaan dan berlapang dada dalam berhujah dan meletakkan indikator kebenaran dalam berhujah tetapi masih tetap ada ketegasan.

Begitu terkejut apabila mereka mengatakan bahawa orang yang suci dari hadas kecil adalah orang yang membasuh air kecil atau besar dengan membaca niat. Sekiranya tidak disertakan dengan niat maka tidak sah cara bersuci dari hadas kecil tersebut walaupun dibasuh dengan setangki air sekalipun. Terkejut dan mahu tergelak, itulah respon aku.

Disangkakan hebat mengenai hukum fiqh Islam rupa-rupanya bab bersuci pun masih tak lulus tetapi dah nak mengata orang lain mengenai hukum-hukum lain. Jangan diukur lautan dalam dengan kail panjang sejengkal, boleh diibaratkan kepada mereka.

Dalam dialog atau berbahas dengan mereka, langsung aku tidak menyentuh mengenai hal politik parti malah mereka boleh menerima apa yang aku katakan kepada mereka iaitu "tidak perlulah aku nak berhujah dengan bro. semua kenapa bro. semua kena sokong PAS kalau bab hukum bersuci pun tak lulus. Ini bukan soal bicara mengenai parti tetapi mengenai salah faham bro. semua terhadap Islam iaitu agama bro-bro sendiri. Nasib baik takde bukan non-muslim join berhujah sekali ngan bro, kalo tak...kena gelak je bro. tolong la faham bro. pasal masalah bro."

Sebab itu apabila timbul isu-isu terkini terutamanya yang terbaru mengenai doa Tuan Guru Nik Aziz terhadap Dato' Seri Najib. Tuan Guru dikutuk, diherdek dengan begitu keras sekali bukan sahaja dikalangan ahli UMNO tetapi dikalangan ulama'-ulama' pengampu aku langsung tidak terkejut dengan tindakan mereka.

Aku selalu menasihatkan kepada rakan-rakan yang selalunya terlalu emosi berhadapan dengan fitnah dan propaganda UMNO supaya tenang dan anggap sahaja mereka orang yang jahil, tidak tahu apa-apa. Kerana kadang-kadang disebabkan terlalu emosi berhadapan dengan mereka menyebabkan rasa untuk berputus asa dalam perjuangan ini. Cuba ambil peluang untuk dekati mereka untuk kita perjelaskan kepada mereka bukannya cuba menjauhkan diri. Soal terima atau tidak itu soal nombor 10, yang penting usaha kita untuk memahamkan mereka.

Wah...nampak lembut sangatlah pulak. Maaf sahabat-sahabat sekalian, dalam ketegasan ada kelembutan dan dalam kelembutan ada ketegasan. Apatah lagi untuk berhadapan dengan mereka yang tidak memahami Islam.

Sunnah dalam mengamalkan as-sunnah.


Al-Faqiru ila allah

How to show all Christians that they are wrong about Jesus by Dr. Zakir Naik

Fitnah yang bakal ditempuhi

Terlalu kecewa dengan keputusan peperiksaan baru-baru ini, aku pun terus lari ke kampung buat sementara waktu bagi mencari ketenangan dengan melihat wajah ayahanda dan ibunda. Hebat jugak ayat aku nih..hehe..

Itulah yang berlaku sehingga menghilangkan diri selama lebih satu minggu. Orang belajar, aku pegi balik..hehe...berat la.

Banyak hikmah yang aku perolehi bila balik ke Kuantan baru-baru ini. Terutamanya apabila berjumpa dengan sahabat-sahabat seangkatan yang berkawan dari kecil, dari zaman sebelum bersunat, bersunat sama-sama, bermain sama-sama dan sebagainya hinggalah kami berpecah ke daerah pengajian masing-masing.

Tertarik dengan topik-topik yang kami borakkan sejak akhir-akhir ini yang terasa di pundak masing-masing yang semakin memahami tanggungjawab masing-masing dalam keluarga dan masyarakat.

Tidak lagi berborak kosong. Senang dengan berbincang mengenai tanggungjawab, perancangan termasuklah dalam untuk hidupan masing-masing dan apa yang kami mampu untuk kami sumbangkan kepada ummah suatu hari nanti apabila tiba masanya kami pulang dari pengajian masing-masing.

Sekadar bergerak ditempat orang, masih belum cukup apabila pulang ke kampung melihat keadaan yang kurang menyenangkan yang bakal kami hadapi. Kalau bergerak di kampung sendiri pun hanya sementara sahaja apabila pulang ke rumah masing-masing terutamanya sahabat aku, Muaz. Maklum sahaja anak ustaz yang terkenal ditambah pula sebagai status mahasiswa Al-Azhar. Suatu kelebihan yang beliau boleh gunakan apabila pulang ke kampung untuk berbakti dalam memahamkan masyarakat supaya kembali kepada Islam yang sebenar.

Tinggalkan cerita mengenai beliau. Ada juga yang berbicara mengenai perancangan perkahwinan. Kalau sekadar perbincangan ringan-ringan dan bersahaja sesuai la kot...tapi kalau secara serius mungkin agak tidak sesuai apatah lagi masing-masing terlalu muda dan mungkin boleh dikategorikan masih kebudak-budakkan melalui tindakan masing-masing yang tidak berapa gaya dewasa lagi. Mungkin tidak perlu diceritakan disini.

Didalam kuliyyah-kuliyyah aku di masjid sekitar Kota Bharu, kadang kala aku terpaksa timbulkan mengenai peranan pemuda-pemudi dalam Islam yang bakal mengemudi generasi akan datang dan aku cuba membandingkan keadaan muda-mudi sekarang yang semakin jauh dengan Islam dan menerangkan kesan-kesan yang bakal dihadapi kelak.

Walaupun yang datang ke masjid daripada golongan yang sudah berusia, ibu, bapa sahaja dan terlalu payah untuk didapati golongan muda-mudi di masjid aku perlu gariskan juga supaya golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil terutamanya mengambil peranan dalam proses melahirkan generasi yang berilmu dan bertaqwa.

Bagaimana Nabi s.a.w. sendiri pernah bersabda yang mana anak-anak yang dilahirkan ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka.

Inilah antara perkara yang aku bincangkan bersama-sama sahabat yang lain bagaimana persediaan kami bagi menghadapi generasi kami sendiri yang dicorak oleh ibu bapa yang selalunya hanya sekadar menghantar anaknya ke sekolah dan hanya sekadar mengharap guru-guru mengajar anak-anak mereka. Kemudian diberikan apa-apa keperluan yang kadangkala tidak penting bagi mereka seperti telefon bimbit dan sebagainya sudah tertunai tanggungjawab mereka.

Tidak terlalu mudah bagi kami hadapi semua ini apabila dimuhasabahkan kembali dengan keadaan kedhaifan kami sebagai seorang pencari dan penuntut ilmu apatah lagi seperti aku. Bukan sekadar ilmu menjadi ukuran tetapi sahsiah kami terutamanya di hadapan Allah s.w.t.

Apatah lagi untuk berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai lapisan umur, bangsa, kelompok, golongan dan sebagainya.

Terlalu banyak untuk dicoretkan setelah lama tidak melayari internet untuk dikongsikan bersama-sama rakan maya. Mungkin cukup buat sementara waktu ini.

Al-faqiru ilaallah...

Hayatilah Detik terakhir Rasulullah s.a.w. menghadapi sakaratulmaut

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.


Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'


'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'


'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

KURSUS PEMANDU PELANCONG (SUKARELAWAN PELANCONG) SIRI 1/2009 - Masjid Tour Guide

Sipnosis

Masjid Negara, Masjid Wilayah, Masjid Jamek KL, Masjid Putra Jaya, Masjid Negeri Shah Alam, Masjid Negeri Kuantan, Masjid Negeri Melaka dan beberapa masjid lain kerap menerima kunjungan para pelancong luar negara yang kebanyakannya non-muslim yang bersedia untuk menerima taklimat mengenai masjid yang dilawati serta Islam. Peluang ini boleh dimenafaatkan dengan berdakwah kepada mereka supaya mereka mengenal Allah, Muhammad SAW, al-Qur'an dan lain-lain info Islam. Mari sertai kami di Islamic Outreach ABIM untuk mendaftar sebagai "Masjid Tour Guide" dan menyertai kursus pengenalan yang berikut: -



KURSUS PEMANDU PELANCONG (SUKARELAWAN PELANCONG) SIRI 1/2009


Tarikh/Hari: 16 - 17 November 2009 (Isnin & Selasa)
Tempat: Masjid Negara KL
Yuran: Percuma


Untuk pendaftaran, sila hubungi Sis. Normah Sulaiman (019-250 6065) atau nsheaven@yahoo.com





HARI PERTAMA – 16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)



8.00 am – 8.30 am

Pendaftaran Peserta



8.30 am – 9.00 am

Perasmian Kursus



9.00 am – 9.30 am

Sesi bergambar
Minum pagi



9.30 am – 12.30 pm

Ciri-ciri Sukarelawan
Etika Berkomunikasi dan Berinteraksi
Role play

Penceramah:
Encik Shahran bin Kassim dari Islamic Outreach ABIM


12.30 pm – 2.00 pm

Makan tengah hari
Solat Fardhu Zohor



2.00 pm – 4.00 pm

Kepentingan dakwah kepada Pelancong di Masjid

Penceramah:
Encik Shahkirit Govindji dari Saba Islamic Media



4.00 pm – 4.30 pm

Minum petang
Solat Fardhu Asar




HARI KEDUA – 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)


8.00 am – 10.30 am

Muslim dan Bukan Muslim
Islam dan Agama-Agama Lain

Penceramah:
Encik Shahkirit Govindji dari Saba Islamic Media



10.30 am – 11.00 am

Minum pagi



11.00 am – 1.00 pm

Metodologi dan keberkesanan dakwah dalam Masjid
Bengkel

Penceramah:
YBhg. Dato’ Wan Majid bin Wan Abdullah dari Islamic Outreach ABIM


1.00 pm – 2.00 pm

Makan tengah hari
Solat Fardhu Zohor



2.00 pm – 4.00 pm

Praktikal Guided Tour
Sesi Soal Jawab

Penceramah:
YBhg. Dato’ Wan Majid bin Wan Abdullah dari Islamic Outreach ABIM


4.00 pm – 4.30 pm

Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil
Minum petang
Solat Fardhu Asar

Lord of the Worlds - Kuala Lumpur, Malaysia 2009

"Setiap artikel atau sebarang entry didalam blog ini tidak semestinya daripada penulis blog sendiri. Setiap entry yang dipostkan ke blog ini mungkin juga bahan kongsian, bacaan, kajian, simpanan, hasil tulisan penulis atau sebagainya yang berkaitan dengan penulis atau empunya blog. Harap maklum"

Arkib Blog